- Ia terbahagi kepada dua ruang iaitu ruang positif dan ruang negatif.
- Ruang positif ialah ruang yang digunakan manakala ruang negatif ialah ruang yang kosong.
- Ruang perlu digunakan secara seimbang antara positif dan negatif agar komposisi visual kelihatan cantik dan menarik.
2. GARIS
- Garis ialah satu elemen
yang paling ringkas dan mustahak. Ini kerana ia akan mewujudkan gambaran
objek,manusia, suasana dan lain-lain lagi.
- Garis boleh di dapati
dalam bentuk dua diimensi dan tiga dimensi.
- Fungsi garis ialah menunjukkan
pergerakan dan arah atau aliran, menunjukkan suasana aman atau ganas,
menunjukkan kemegahan dan kekuatan, menunjukkan kekusutan, melukis objek
atau benda, dan penghubung di antara satu elemen dengan elemen lain.

3. PERMUKAAN
- Permukaan yang kasar
dan licin memberikan kesan ke atas rupa garisan yang di buat ke atasnya.
- Penyatuan yang wajar antara
warna,garis dan tekstur bagi menghasilkan permukaan yang menarik.
4. BENTUK DUA DIMENSI
- Dimensi panjang dan lebar iaitu
berbentuk geometri,abstrak dan gambaran.
5. BENTUK TIGA DIMENSI
- Dimensi panjang, lebar
dan tinggi.
- Dua kategori ;-
- Bentuk tiga dimensi : Bahan yang sebenar yang mempunyai dimensi
panjang,lebar dan tinggi.
- Bentuk tiga dimensi tiruan : Bentuk dua dimensi yang
kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang,lebar,tinggi atau tebal.
No comments:
Post a Comment