APA
ITU REKA BENTUK VISUAL?
- Reka bentuk visual adalah satu
prinsip asas sesebuah grafik. Ia juga adalah satu bentuk media jenis bukan
cetakan. Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang
dapat dilihat berbanding menggunakan pernyataan secara lisan atau
bertulis. Keberkesanan sesuatu reka bentuk visual itu bergantung kepada
kualiti visual tersebut.
- Visual ialah alat komunikasi
yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan
lisan atau pernyataan bertulis. Fungsi utama visual ialah untuk
meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Namun, sebahagian besar daripada
kejayaan disebabkan oleh bahan visual yang digunakan adalah berkualiti.
Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang
digunakan.
KEPENTINGAN
REKA BENTUK VISUAL (LAMAN WEB)
1.Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan
2. Paparan visual seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif
3. Visualisasi merupakan antara proses komunikasi yang dapat meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat
4. Berperanan untuk menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan jugabertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep
5. Penggunaan grafik visual di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.
No comments:
Post a Comment